Bermulanya kek lapis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana berkesempatan untuk menulis tentang kek lapis yang tercetus untuk menjual kek lapis isteri yang sedap. Ini bukan artikel yang syok sendiri tapi memang betul-betul sedap. Isteri pun asal dari serawak,ape ada hal kan. Kalau tak tahu tu melampau la.

Baiklah, idea untuk membuat kek ini datang apabila sahabat saya ikram al-banjari menawarkan peluang perniagaan di dubai untuk diketengahkan di pasaran sana. Mula-mula nak hantar manoque (ayam kepak madu) yang sedang kami usahakan buat masa sekarang, tapi malangnya team ikram tak dapat bawak sebab tak boleh bawak frozen food ke sana. Tapi betul jugak, pikir-pikir balik nak bakar kat mane kalau dah kat sana. Sedap memang sedap(bukan nak puji ye) tapi terpaksa melupakan hasrat untuk dipamerkan di sana.  

Pikir punya pikir ape yang boleh dibawa ke sana, teringat mak mertua pandai buat kek lapis. Mesej dengan tuan ikram,dia pun sokong sangat. Terbaik. Bagi tahu wife mintak tolong mak datang bantu, tapi malangnya mak tak dapat datang sebab kene teman adek kat rumah.

Bermula la episod membuat kek lapis dirumah. Banyak peralatan yang tak cukup terpaksa ditambah. Tambah ketuhar lagi sebijik,beli mixxer baru yang boleh buat kuantiti yang banyak, penuhkan bahan untuk membuat kek lapis dan banyak lagi la. Semak balik senarai dengan harga yang dibeli,wow memang banyak. Patut la kek lapis ni mahal.

Sampai sekarang masih mengusahakan 10 jenis kek lapis untuk dihantar ke sana.